Assalamualaikum semua....
Remember this?
😁😁😁
adni faiqa.
.........
Bab 1
2005....
Suasana di restoran yang agak bingit bagiku,
mambuatkan aku mendengus. "Ila... jomlah kita balik. Aku tak suka duk
dekat sini. Bingit tahu tak!" Aku meraih simpati dari kawanku.
"Tengok ni, ice blended aku pun dah habis. Kau nak buat apa sebenarnya
dekat sini? Kalau aku tahu kau buat bodoh je, baik aku tak payah ikut
kau!" Aku mengalih pandang melihat suasana restoran ini. Sebenarnya, tak
adalah bingit mana pun. Cuma, sesak dengan manusia dan... aku tak suka
bersesak-sesak ni!
"Ala, sabarlah Kina. Aku nak jumpa seseorang
ni. Kejap je lagi. Dia dah on the way." Ila masih melilau mencari
'seseorang'nya.
Aku mendengus. Nak buat apa ni? "Ila, aku pergi
ladies kejaplah." Aku terus bangun tanpa menunggu jawapan Ila. Mata yang
sibuk mencari sign 'tandas' menyebabkan aku terlanggar seseorang tanpa sedar.
Kan dah kecoh! Aku cepat-cepat meminta maaf kepada orang yang aku langgar tadi.
Kesian, ice blendednya tumpah. Dan itu bermakna baju aku juga kotor! What?
Habislah melekit badan aku! Mata tidak berani
bertentang dan tangan mengibas-ngibas baju aku yang basah. Huluran tisu aku
sambut tanpa mempedulikan gerangan yang memberi. "Thank you," ujarku
yang masih sibuk membersihkan blausku.
"Mata tu ke mana cik adik oi?!" suara
garau menegur aku. Terangkat kepala aku mencari dari mana arah suara itu. Mata
aku terbeliak dan aku... kaku di situ. Aku langgar seoarang lelaki ke?
Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu ya Allah! Tersedar aku sedang melakukan dosa,
cepat-cepat aku menggelengkan kepala.
"Ya Allah, Kina. Kan dah zina mata!
Astaghfirullah al-azim." Aku berkata perlahan. Tangan pula masih sibuk
mencari tisu untuk mengelap bajuku. Haish, hilang satu baju aku! Teringatkan
lelaki itu, aku terus membuka mulut, "sorry. Tak sengaja nak langgar
encik." Sudah tidak tahan untuk berada di situ, aku terus menundukkan
kepala sebagai tanda minta maaf dan terus berlalu.
Meja aku dan Ila laju aku langkah tanpa mempedulikan
mata-mata yang memandang aku. Haish, kalau tak pandang tak boleh ke? Aku tengok
tempatku sudah diduduki oleh orang lain. Cepat-cepat aku melangkah mendapatkan
Ila.
Sampai di meja, aku memandang Ila untuk meminta
penjelasan.
"Kina, aku kenalkan ni abang aku. Izani."
Ila bersuara dan seraya itu aku menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Tak
mahu pandang, takut zina mata lagi! Aku mengambil tempat di sebelah Ila
memandangkan abang Ila sudah duduk di tempatku.
"Kejapnya pergi ladies," tegur Ila.
Mungkin pelik kerana aku sudah kembali di meja makan kami.
"Tak jadi," jawabku malas. Aku jadi
sedikit rimas apabila aku rasa diriku seakan-akan ditenung oleh orang. Tak tahu
siapa. Jadi, aku hanya menunduk memandang kakiku yang tersarung kasut flat.
"Ila tak balik ke minggu ni?" Abang Ila
mula bersuara setelah lama dia berdiam.
"Not sure yet. Tak tahu lagi. Kenapa? Angah nak
Ila balik ke?" Ila menjawab. Aku masih diam, tidak mahu menyampuk. Perut
kusentuh perlahan tanda tidak selesa.
"Lapar ke Kina? Tak makan?" Aku tersentak
apabila abang Ila bertanya kepadaku. Okey, nampak sangat ke aku pegang perut
aku?! Terus tangan aku jatuhkan dan muka makin aku tundukkan, malu.
Ila tergelak. Aku mencubit pinggangnya perlahan.
"Kina memang macam tu, ngah. Kalau tangan dia
dekat perut maknanya dia tengah tak selesa." Ila menjawab bagi pihak aku.
Tanganku laju menepuk pehanya. Suka hati je cakap!
Aku tersenyum kecil dan menunduk semula. Abang Ila
hanya mengangguk. Ini kali pertama aku berjumpa dengan abang Ila. Mungkin sebab
itu aku tak selesa. Lagipun, abang Ila kan lelaki! Mana aku biasa kawan dengan
lelaki!
"Tak ada apa. Saja tanya Ila. Mana tahu Ila
balik minggu ni, boleh Ila naik dengan angah sekali." Abang Ila sudah
kembali ke topik asal.
Aku menelan liur. Ish, siapa yang renung aku ni? Tak
selesa aku dibuatnya!
"Kina! Kau ni kenapa? Kepala tu menunduk je.
Cuba diangkat sikit kepala tu. Aku dah belanja kau ice blended takkan merajuk
lagi kut." Ila pula yang menepuk peha aku.
Terus aku mengangkat kepala untuk menjaga hati Ila.
Sebenarnya aku segan dengan abang Ila, tak pernah jumpa. Lagi-lagi, bila Ila
cakap dia belanja aku ice blended. Bertambah seganlah aku. Haish, haruuu.
Apalah kata abang si Ila ni dekat aku. Mesti dia cakap aku ni perempuan yang
suka makan duit kawan. Ish, ish, ish.
Aku hanya membuang pandang melihat keadaan di luar
restoran yang terdapat di Shah Alam ini. Macam-macam ragam manusia aku tengok!
Ada keluhan terbit dari bibirku. Apa yang dibual Ila dan abangnya pun aku dah
tak dengar. Tiba-tiba segelas ice blended coklat diletakkan di hadapanku oleh
pekerja restoran ini. Aku mengangkat kepala. Ila dan abangnya juga terkejut
dengan kedatangan pekerja kafe itu yang secara tiba-tiba.
"Err, ni siapa punya ya, encik?" Ila
bertanya terlebih dahulu. Abangnya mengangguk sebagai tanda mahu tahu. Aku pun
ikut tertanya-tanya juga ni!
"Cik ni punya," kata pekerja itu sambil
menuding jari ke arahku.
Jari telunjukku ikut menuding jari ke wajahku.
"Me?" Aku tertanya spontan.
"Bila pula kau order yang baru ni, Kina?"
Ila memandang aku pelik. Pandangan abangnya juga sudah teralih kepada aku. Aku
jadi rimas.
"Eh, sorry. I think you get the wrong person.
Saya tak order ice blended pun." Aku cepat-cepat memberitahu.
"Err, yes. Bukan cik yang yang order tapi ada
orang yang orderkan untuk cik." Jawapan pekerja itu membuatkan keningku
bertaut. Siapa?
"Haha, sorry? Siapa yang orderkan untuk kawan
saya ni?" Ila gelak yang sengaja dibuatnya.
"Sorry, secret and confidential. Tak apalah,
cik. Silakan minum. Saya masuk dulu. Maaf mengganggu." Pekerja itu
menundukkan kepala sedikit sebelum berlalu pergi.
Ila dan abangnya memandang wajahku tepat membuatkan
aku rimas. Segera gelas yang berisi ice blended coklat itu aku capai. Bak kata
pepatah, rezeki yang ditolak, musuh jangan dicari. Lagi-lagi favourite aku,
ambil ajelah!
Mata aku hala ke luar dan mulut elok menyedut straw.
Perut aku pegang lagi. Sungguh aku tidak selesa dan siapa yang buat aku begini?
Aku dengar abang Ila berdeham perlahan. Aku memandangnya sekilas kemudian
memandang keluar semula. Telefon bimbit yang berbunyi segera aku jawab di luar
kafe sekali gus untuk melarikan diri daripada terus ditenung oleh abang Ila.
"Waalaikum salam, bu. Ya, ya, Kina balik
sekarang. Ibu jangan risau." Aku terangguk-angguk mendengar kata-kata ibu.
Katanya saudara aku yang dari Pulau Pinang nak datang dan ibu menyuruh aku
pulang untuk membantunya. Pelik, tapi nantilah aku tanya. Panggilan dimatikan
dan aku terus melangkah ke meja makanku.
"Ila, ibu aku suruh balik. Ada saudara aku nak
datang. Aku balik dulu eh?" Tote bag milikku aku capai dan bersalam dengan
Ila. Pipinya kucium sebanyak tiga kali yang juga dikenali sebagai wada'.
"Kirim salam dekat ibu dengan ayah kau,"
pesan Ila. Aku hanya menganggukkan kepala kepada Ila. Wajah abang Ila aku
pandang sekilas dan setelah menundukkan kepala sedikit sebagai tanda
hormat kepadanya aku terus melangkah pulang.
Semasa berjalan meninggalkan kawasan restoran itu,
terasa seperti ada mata yang memerhatikan aku. Aku menoleh sekilas namun tiada
sesiapa. Aku menghela nafas berat. Mainan perasaan hati, bukannya selalu betul.
Baru kaki mahu melangkah lagi, aku ditahan oleh seorang wanita cantik jelita
yang siap berniqab lagi.
Keningku dah bertaut hebat. Okey, siapa dia ni? Aku
berjalan ke kiri dia ikut ke kiri. Aku ke kanan dia pun ke kanan. Aku dan dia
tetap begitu sehingga aku mengalah lalu berhenti.
“Cik, maaf cik. Boleh beri saya laluan?” Akhirnya,
aku yang bersuara dahulu.
Wanita itu diam tidak membalas soalanku. Beg yang
dipegang diangkat tinggi sedikit lalu tangan kanannya dimasukkan. Mungkin
mencari sesuatu. Keningku dah bertaut.
“Hazihil hadaiyah li anti.” Wanita itu berkata
sambil menghulur sebuah kotak sederhana besar yang siap berikat reben.
Aku menekup mulutku laju. Aduh, dia berbahasa arab
pula. Aku bukannya faham sangat! Aku berdeham perlahan. “Hazihil hadaiyah min
ahada?” Aku menjawab ragu-ragu.
“Min Abdullah.” Jawab wanita itu dengan pantas.
Aduh, aku tahulah hamba Allah. Tapi, hamba Allah
yang mana? Apa namanya? Lelaki ke perempuan?
“Take it, don’t be scared.” Wanita itu sudah
bertukar bahasa pulak!
“Can I know, it would be from who?”
“Min abdullah, ya imrah jamilah.” Wanita itu berkata
dalam nada yakin.
Aku jadi malu pula apabila dipuji wanita cantik.
Hehe….
“Is it his name Abdullah?” Aku bertanya malas.
“La’. Abdullah which means servant of our Lord.”
Kenapa aku rasa wanita itu tersenyum manis di sebalik niqabnya?
“Then, min ahada? Nisaa’ au rijjal?” Aku bertanya
keras.
“Your future imam….” Lembut suara wanita itu menerpa
gegendang telingaku.
Aku jadi terkaku sekejap. Tangan kananku ditarik dan
kotak hadiah sudah bertukar tangan. Wanita itu terus memelukku kejap sebelum
berlalu. Aku menggeleng sekejap. Yang tadi tu betul ke tipu?
Aku terus berjalan dan berhenti di pondok menunggu
bas. Sampai sahaja aku di sana, kereta milik ayahku sudah sedia menunggu. Aku
terus masuk ke dalam kereta. Pak Amud aku tegur sopan. "Saudara yang mana
satu ni, pak Amud?"
"Datin Zarina. Anaknya kan baru balik cuti dari
US." Pak Amud menjawab sambil mata fokus ke arah jalan raya.
Aku mengangguk. Anaknya yang mana? Mahu bertanya
tapi mulut aku diamkan saja. Malas mahu berkata lebih.
“Kotak apa tu Kina?” Soalan Pak Amud mematikan
lamunanku. Kotak hadiah yang kupeluk erat di perut aku pandang pelik. Tak tahu
nak bagi jawapan apa.
“Entah, Kina pun tak tahu kotak apa ni.” Aku berkata
sambil mengangkat kotak tersebut. Aku pusingkan berkali-kali untuk melihat
kotak tersebut. Mana tahu ada nama atau pesanan.
Pak Amud memandangku dari cermin pandang belakang.
“Bukalah. Tengok apa isinya. Siapa yang bagi Kina kotak tu?” Pak Amud sibuk
bertanya walaupun sedang memandu.
Aku ikut juga kata-kata Pak Amud. Tali reben aku
tarik dan penutup kotak aku angkat. Kain?
Aku sentuh kain yang ada di dalam kotak itu. Jantung
terus berdegup tak menentu. Aku angkat kain dan aku lagakan dengan pipiku.
Lembut dan sejuk sekali kain yang berwarna hijau zamrud ini.
“Kain apa tu Kina?”
Aku tersentak. Aku menggeleng laju. Terus aku simpan
semula kain itu ke dalam kotak semula. Kotak itu aku tutup semula dan aku
peluk. Wanita yang berniqab tadi terus terbayang di kotak fikiranku.
Wanita itu tiba-tiba hadir di hadapanku lalu
menghulur sebuah kotak sambil berkata hadiah untuk aku. Bila ditanya dari
siapa, dijawabnya dari hamba Allah. Aku tanya lagi siapa, dia jawab benda yang
sama. Bila aku bertanya dari siapa, perempuan atau lelaki, wanita itu menjawab,
“Your future imam….”
She means, my future husband?
Otakku jadi sesak dan aku mula berkhayal sehingga
tidak sedar kereta ayahku kini sudah memasuki ruang halaman hadapan rumah.
Bersambung :D