Adni Faiqa adni faiqa world: February 2013
Assalamualaikum semua :) Terima Kasih sudi singgah blog Adni . Maaf kalau terlambat .

Friday, 22 February 2013

Cinta Ice Blended 1

Assalamualaikum semua....
Remember this?
😁😁😁
adni faiqa.
.........


Bab 1
2005....

Suasana di restoran yang agak bingit bagiku, mambuatkan aku mendengus. "Ila... jomlah kita balik. Aku tak suka duk dekat sini. Bingit tahu tak!" Aku meraih simpati dari kawanku. "Tengok ni, ice blended aku pun dah habis. Kau nak buat apa sebenarnya dekat sini? Kalau aku tahu kau buat bodoh je, baik aku tak payah ikut kau!" Aku mengalih pandang melihat suasana restoran ini. Sebenarnya, tak adalah bingit mana pun. Cuma, sesak dengan manusia dan... aku tak suka bersesak-sesak ni!
"Ala, sabarlah Kina. Aku nak jumpa seseorang ni. Kejap je lagi. Dia dah on the way." Ila masih melilau mencari 'seseorang'nya.
Aku mendengus. Nak buat apa ni? "Ila, aku pergi ladies kejaplah." Aku terus bangun tanpa menunggu jawapan Ila. Mata yang sibuk mencari sign 'tandas' menyebabkan aku terlanggar seseorang tanpa sedar. Kan dah kecoh! Aku cepat-cepat meminta maaf kepada orang yang aku langgar tadi. Kesian, ice blendednya tumpah. Dan itu bermakna baju aku juga kotor! What?
Habislah melekit badan aku! Mata tidak berani bertentang dan tangan mengibas-ngibas baju aku yang basah. Huluran tisu aku sambut tanpa mempedulikan gerangan yang memberi. "Thank you," ujarku yang masih sibuk membersihkan blausku.
"Mata tu ke mana cik adik oi?!" suara garau menegur aku. Terangkat kepala aku mencari dari mana arah suara itu. Mata aku terbeliak dan aku... kaku di situ. Aku langgar seoarang lelaki ke? Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu ya Allah! Tersedar aku sedang melakukan dosa, cepat-cepat aku menggelengkan kepala.
"Ya Allah, Kina. Kan dah zina mata! Astaghfirullah al-azim." Aku berkata perlahan. Tangan pula masih sibuk mencari tisu untuk mengelap bajuku. Haish, hilang satu baju aku! Teringatkan lelaki itu, aku terus membuka mulut, "sorry. Tak sengaja nak langgar encik." Sudah tidak tahan untuk berada di situ, aku terus menundukkan kepala sebagai tanda minta maaf dan terus berlalu.
Meja aku dan Ila laju aku langkah tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang aku. Haish, kalau tak pandang tak boleh ke? Aku tengok tempatku sudah diduduki oleh orang lain. Cepat-cepat aku melangkah mendapatkan Ila.
Sampai di meja, aku memandang Ila untuk meminta penjelasan.
"Kina, aku kenalkan ni abang aku. Izani." Ila bersuara dan seraya itu aku menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Tak mahu pandang, takut zina mata lagi! Aku mengambil tempat di sebelah Ila memandangkan abang Ila sudah duduk di tempatku.
"Kejapnya pergi ladies," tegur Ila. Mungkin pelik kerana aku sudah kembali di meja makan kami.
"Tak jadi," jawabku malas. Aku jadi sedikit rimas apabila aku rasa diriku seakan-akan ditenung oleh orang. Tak tahu siapa. Jadi, aku hanya menunduk memandang kakiku yang tersarung kasut flat.
"Ila tak balik ke minggu ni?" Abang Ila mula bersuara setelah lama dia berdiam.
"Not sure yet. Tak tahu lagi. Kenapa? Angah nak Ila balik ke?" Ila menjawab. Aku masih diam, tidak mahu menyampuk. Perut kusentuh perlahan tanda tidak selesa.
"Lapar ke Kina? Tak makan?" Aku tersentak apabila abang Ila bertanya kepadaku. Okey, nampak sangat ke aku pegang perut aku?! Terus tangan aku jatuhkan dan muka makin aku tundukkan, malu.
Ila tergelak. Aku mencubit pinggangnya perlahan.
"Kina memang macam tu, ngah. Kalau tangan dia dekat perut maknanya dia tengah tak selesa." Ila menjawab bagi pihak aku. Tanganku laju menepuk pehanya. Suka hati je cakap!
Aku tersenyum kecil dan menunduk semula. Abang Ila hanya mengangguk. Ini kali pertama aku berjumpa dengan abang Ila. Mungkin sebab itu aku tak selesa. Lagipun, abang Ila kan lelaki! Mana aku biasa kawan dengan lelaki!
"Tak ada apa. Saja tanya Ila. Mana tahu Ila balik minggu ni, boleh Ila naik dengan angah sekali." Abang Ila sudah kembali ke topik asal.
Aku menelan liur. Ish, siapa yang renung aku ni? Tak selesa aku dibuatnya!
"Kina! Kau ni kenapa? Kepala tu menunduk je. Cuba diangkat sikit kepala tu. Aku dah belanja kau ice blended takkan merajuk lagi kut." Ila pula yang menepuk peha aku.
Terus aku mengangkat kepala untuk menjaga hati Ila. Sebenarnya aku segan dengan abang Ila, tak pernah jumpa. Lagi-lagi, bila Ila cakap dia belanja aku ice blended. Bertambah seganlah aku. Haish, haruuu. Apalah kata abang si Ila ni dekat aku. Mesti dia cakap aku ni perempuan yang suka makan duit kawan. Ish, ish, ish.
Aku hanya membuang pandang melihat keadaan di luar restoran yang terdapat di Shah Alam ini. Macam-macam ragam manusia aku tengok! Ada keluhan terbit dari bibirku. Apa yang dibual Ila dan abangnya pun aku dah tak dengar. Tiba-tiba segelas ice blended coklat diletakkan di hadapanku oleh pekerja restoran ini. Aku mengangkat kepala. Ila dan abangnya juga terkejut dengan kedatangan pekerja kafe itu yang secara tiba-tiba.
"Err, ni siapa punya ya, encik?" Ila bertanya terlebih dahulu. Abangnya mengangguk sebagai tanda mahu tahu. Aku pun ikut tertanya-tanya juga ni!


"Cik ni punya," kata pekerja itu sambil menuding jari ke arahku.
Jari telunjukku ikut menuding jari ke wajahku. "Me?" Aku tertanya spontan.
"Bila pula kau order yang baru ni, Kina?" Ila memandang aku pelik. Pandangan abangnya juga sudah teralih kepada aku. Aku jadi rimas.
"Eh, sorry. I think you get the wrong person. Saya tak order ice blended pun." Aku cepat-cepat memberitahu.
"Err, yes. Bukan cik yang yang order tapi ada orang yang orderkan untuk cik." Jawapan pekerja itu membuatkan keningku bertaut. Siapa?
"Haha, sorry? Siapa yang orderkan untuk kawan saya ni?" Ila gelak yang sengaja dibuatnya.
"Sorry, secret and confidential. Tak apalah, cik. Silakan minum. Saya masuk dulu. Maaf mengganggu." Pekerja itu menundukkan kepala sedikit sebelum berlalu pergi.
Ila dan abangnya memandang wajahku tepat membuatkan aku rimas. Segera gelas yang berisi ice blended coklat itu aku capai. Bak kata pepatah, rezeki yang ditolak, musuh jangan dicari. Lagi-lagi favourite aku, ambil ajelah!
Mata aku hala ke luar dan mulut elok menyedut straw. Perut aku pegang lagi. Sungguh aku tidak selesa dan siapa yang buat aku begini? Aku dengar abang Ila berdeham perlahan. Aku memandangnya sekilas kemudian memandang keluar semula. Telefon bimbit yang berbunyi segera aku jawab di luar kafe sekali gus untuk melarikan diri daripada terus ditenung oleh abang Ila.
"Waalaikum salam, bu. Ya, ya, Kina balik sekarang. Ibu jangan risau." Aku terangguk-angguk mendengar kata-kata ibu. Katanya saudara aku yang dari Pulau Pinang nak datang dan ibu menyuruh aku pulang untuk membantunya. Pelik, tapi nantilah aku tanya. Panggilan dimatikan dan aku terus melangkah ke meja makanku.
"Ila, ibu aku suruh balik. Ada saudara aku nak datang. Aku balik dulu eh?" Tote bag milikku aku capai dan bersalam dengan Ila. Pipinya kucium sebanyak tiga kali yang juga dikenali sebagai wada'.
"Kirim salam dekat ibu dengan ayah kau," pesan Ila. Aku hanya menganggukkan kepala kepada Ila. Wajah abang Ila aku pandang sekilas dan setelah menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat kepadanya aku terus melangkah pulang.
Semasa berjalan meninggalkan kawasan restoran itu, terasa seperti ada mata yang memerhatikan aku. Aku menoleh sekilas namun tiada sesiapa. Aku menghela nafas berat. Mainan perasaan hati, bukannya selalu betul. Baru kaki mahu melangkah lagi, aku ditahan oleh seorang wanita cantik jelita yang siap berniqab lagi.



Keningku dah bertaut hebat. Okey, siapa dia ni? Aku berjalan ke kiri dia ikut ke kiri. Aku ke kanan dia pun ke kanan. Aku dan dia tetap begitu sehingga aku mengalah lalu berhenti.
“Cik, maaf cik. Boleh beri saya laluan?” Akhirnya, aku yang bersuara dahulu.
Wanita itu diam tidak membalas soalanku. Beg yang dipegang diangkat tinggi sedikit lalu tangan kanannya dimasukkan. Mungkin mencari sesuatu. Keningku dah bertaut.
“Hazihil hadaiyah li anti.” Wanita itu berkata sambil menghulur sebuah kotak sederhana besar yang siap berikat reben.



Aku menekup mulutku laju. Aduh, dia berbahasa arab pula. Aku bukannya faham sangat! Aku berdeham perlahan. “Hazihil hadaiyah min ahada?” Aku menjawab ragu-ragu.
“Min Abdullah.” Jawab wanita itu dengan pantas.
Aduh, aku tahulah hamba Allah. Tapi, hamba Allah yang mana? Apa namanya? Lelaki ke perempuan?
Take it, don’t be scared.” Wanita itu sudah bertukar bahasa pulak!
Can I know, it would be from who?”
Min abdullah, ya imrah jamilah.” Wanita itu berkata dalam nada yakin.
Aku jadi malu pula apabila dipuji wanita cantik. Hehe….
Is it his name Abdullah?” Aku bertanya malas.
“La’. Abdullah which means servant of our Lord.” Kenapa aku rasa wanita itu tersenyum manis di sebalik niqabnya?
Then, min ahada? Nisaa’ au rijjal?” Aku bertanya keras.
“Your future imam….” Lembut suara wanita itu menerpa gegendang telingaku.
Aku jadi terkaku sekejap. Tangan kananku ditarik dan kotak hadiah sudah bertukar tangan. Wanita itu terus memelukku kejap sebelum berlalu. Aku menggeleng sekejap. Yang tadi tu betul ke tipu?
Aku terus berjalan dan berhenti di pondok menunggu bas. Sampai sahaja aku di sana, kereta milik ayahku sudah sedia menunggu. Aku terus masuk ke dalam kereta. Pak Amud aku tegur sopan. "Saudara yang mana satu ni, pak Amud?"
"Datin Zarina. Anaknya kan baru balik cuti dari US." Pak Amud menjawab sambil mata fokus ke arah jalan raya.
Aku mengangguk. Anaknya yang mana? Mahu bertanya tapi mulut aku diamkan saja. Malas mahu berkata lebih.
“Kotak apa tu Kina?” Soalan Pak Amud mematikan lamunanku. Kotak hadiah yang kupeluk erat di perut aku pandang pelik. Tak tahu nak bagi jawapan apa.
“Entah, Kina pun tak tahu kotak apa ni.” Aku berkata sambil mengangkat kotak tersebut. Aku pusingkan berkali-kali untuk melihat kotak tersebut. Mana tahu ada nama atau pesanan.
Pak Amud memandangku dari cermin pandang belakang. “Bukalah. Tengok apa isinya. Siapa yang bagi Kina kotak tu?” Pak Amud sibuk bertanya walaupun sedang memandu.
Aku ikut juga kata-kata Pak Amud. Tali reben aku tarik dan penutup kotak aku angkat. Kain?
Aku sentuh kain yang ada di dalam kotak itu. Jantung terus berdegup tak menentu. Aku angkat kain dan aku lagakan dengan pipiku. Lembut dan sejuk sekali kain yang berwarna hijau zamrud ini.



“Kain apa tu Kina?”
Aku tersentak. Aku menggeleng laju. Terus aku simpan semula kain itu ke dalam kotak semula. Kotak itu aku tutup semula dan aku peluk. Wanita yang berniqab tadi terus terbayang di kotak fikiranku.
Wanita itu tiba-tiba hadir di hadapanku lalu menghulur sebuah kotak sambil berkata hadiah untuk aku. Bila ditanya dari siapa, dijawabnya dari hamba Allah. Aku tanya lagi siapa, dia jawab benda yang sama. Bila aku bertanya dari siapa, perempuan atau lelaki, wanita itu menjawab,
“Your future imam….”
She means, my future husband?
Otakku jadi sesak dan aku mula berkhayal sehingga tidak sedar kereta ayahku kini sudah memasuki ruang halaman hadapan rumah.
Bersambung :D



♥ Terima Kasih Sudi Baca Entry Adni ! Like Kalau Suka ♥

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen