Adni Faiqa adni faiqa world: CERPEN UNTITLED PART II
Assalamualaikum semua :) Terima Kasih sudi singgah blog Adni . Maaf kalau terlambat .

Monday, 29 May 2017

CERPEN UNTITLED PART II

Sedar dari tidur, mataku terkelip lama. Sampai sahaja di Dubai, memang terus ke hotel, masuk hotel dan tidur. Berehat sebabnya malam ini ada majlis. Sebab itulah aku memilih terus Armani Hotel di Burj Khalifa memandangkan majlis malam ini memang diadakan di ballroom Armani Hotel.
Baru saja kaki menapak di lantai, bilikku didatangi orang. Buka pintu, orang butik hantar persalinanku untuk dipakai malam ini. Aku hanya mengucap terima kasih  tanpa menerima pelawaannya untuk memeriksa pakaianku terlebih dahulu.
Menapak masuk ke dalam ballroom Armani Hotel, memang buat aku terpaku.
Who doesn’t know Dubai World? Big company, big name! Everything about them is fantastic.
Aku dibawa ke meja yang sudah ditetapkan untuk syarikat aku. Tiga per empat manusia di meja itu adalah lelaki. Perempuannya hanya aku dan seorang wanita yang tidak aku kenal siapa. Cantik, manis dengan tudung di kepalanya.
Bila kerusi ditarik untuk aku duduk, mataku tertancap dengan satu wajah yang asing bagiku tapi tidak untuk seminggu yang lepas.
“Kita ni memang berjodoh, kan?”
“Sorry?” Terkejut aku apabila dia menegurku sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di kerusi.
Dia tersenyum kecil. Tubuhnya dipusing untuk menghadapku. “Don’t pretend that you already forget me. I’m sure you’re not.”
Aku tahan senyum. “This is only the third time we’ve met. Belum tentu jodoh lagi.”
“Maybe yes and maybe no. Saya boleh jadikan awak jodoh saya dengan mengikat awak, cik adik manis.” Katanya sebelum mengenyit matanya kepadaku.
Awkward!
 Macam manalah boleh jumpa mamat yang melanggar aku di depan restoran tempoh hari dan boleh pula dia juga mamat yang duduk di sebelahku di dalam penerbangan semalam.
“Mai… what is it? Jadi ke tak datang sini?” Tiba-tiba suaranya kedengaran.
Majlis belum mula, jadi kebanyakan tetamu semua bersembang dan berkenalan sesama sendiri dahulu jadi, dewan agak bingit bagiku. Bila dengar dia menyebut nama Mai, otakku secara automatik terbayang wajah perempuan yang terlanggar bahuku tempoh hari.
Siapa Mai ni agaknya?
Tertanya sangat. Isteri ke, tunang ke, kekasih hati ke, atau mungkin untuk bersangka baik adik atau kakak?
Aku tersenyum kecil.
Kenapalah kau sibuk sangat nak tahu, Deen?
Mestilah nak tahu. Lebih baik tahu sebelum hati ni dibawa lebih jauh.
Dibawa ke mana pula? Jangan cakap kau dah jatuh suka dengan mamat tu!
Kenapa tak? Pertama kali hati ni terasa berdenyut semula setelah lama berhenti bila melibatkan lelaki tau!
Kau tak ingat ke Deen apa yang berlaku 5 tahun lepas? Semuanya sebab lelaki tau!
Keluhan berat aku lepaskan. Tak pasal-pasal kisah lama diungkit bila suara dalaman aku berlawan!
Betul ke aku dah jatuh suka dengan mamat sebelah aku ni? Nama dia pun aku tak tahu apa. Lagipun, entah dah berpunya atau belum.
Baru aku hendak mencapai telefon bimbit dari dalam clutch, tiba-tiba ada yang bersuara.
“There you are. The heirs of Zi’s Group.”
“Sorry?” Aku berpaling memandangnya.
“Itu, waris syarikat Zi’s Group. Zarin Sakina dan Zarif Danial.”
Tunjuknya kepada pasangan lelaki dan wanita yang dibawa masuk ke dalam dewan. Mereka dibawa ke meja mereka iaitu di sebelah meja kami, meja 21.
Mengenai Zi’s Group ni, pernah juga dengar. Tapi, aku rasa syarikat tidak memberi perhatian kepada mereka.
Aku cuma mengangguk. Tak kenal jadi tiada minat untuk tahu.
“Well, I know their name but I don’t know your name. By the way my name is Daiyan. Syed Daiyan. Your name is….”
Oh… Daiyan. Dai….
“Adeena. Adeena Ismail. You can call me Deen.”
“Wow, interesting. What a really good name!” Komennya dalam nada yang sangat teruja.
Aku kembali mencapai telefon bimbitku dan membuka aplikasi WhatsApp. Membaca mesej-mesej yang ditinggalkan kepada aku.
“Dah berpunya?”
Soalan yang langsung tidak kuduga.
Aku kalih pandang kepadanya. “Sorry?”
“Do you remember, Mai? The girl yang dengan I dekat restoran tempoh hari?”
“Yes….” Aku mengangguk sekali.
“She’s my sister. Do you know that she likes you? She said on the other day at the restaurant that you should be her SIL.”
Terbatuk aku mendengar kata-katanya.
“She’s coming here tonight. She’s excited to know you better.”
“She wants to know me better?”
“Yeah, she knew you’re here. I’d give her your picture.” Ujarnya sambil menunjukkan skrin telefonnya.
Weh! Dia ambil gambar aku masa aku tengah main phone!
“You took my picture without my permission.”
“Sorry, I’ll delete it now. After this, kita ambil gambar official, okay?”
Aku terkedu dengar bicara dia. Mamat ni sungguh, ke?
“You dari syarikat apa?”
“I work for IEM Group.”
“Wow, big company.”
Aku mengangguk dengan katanya. “You work or you own a company?”
“Wow… owning a company?” Soalnya kembali kepadaku.
“Maybe, who knows?”
“No, I’m just a worker.”
Aku mengangguk. Aku tak percaya, sebabnya first impression! He is something.
“Or else, if you want to know me better, come and join us in Armani Oasi right after the event in this ballroom.”
“Ahh… the one that very confidential meeting between the shareholders and businessmen?”
“How did you know?”
“I got an invitation.”
“So, you’re something.”
“So, you do.”
……………….
“Aku terima nikahnya Adeena binti Ismail dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai.”
…………..
“Deen, where are you going?”
Tanganku tidak berhenti malah makin laju mengemas pakaian ke dalam luggage yang aku bawa.
“Deen, please. Stop, okay!”
Merayulah selama mana pun, aku takkan berhenti. Keputusan yang aku buat adalah muktamad.
“Deen stop it, okay! You know it wasn’t my fault. Bukan salah I, Deen. Please, stop!”
Tangannya memegang kedua tanganku.
“Let me go!” Aku melawan genggamannya. “Lepaskan saya, Dai.”
“You are my wife! You can’t leave me! Stop it, Deen.”
Pergelutan antara aku dan dia terhenti gara-gara tindakan drastiknya yang memusing tubuhku dan dipeluknya aku dari belakang.
“Stop it, Deen. Please. We can solve this matter slowly, okay. Tak perlu nak lari-lari macam ni. Let me settle this matter first and with that way, I can prove to you that this isn’t my fault.”
Aku menahan gelodak rasa amarah dan benci. Genggaman dan pelukannya terlampau kuat dan aku tidak mampu untuk menolaknya. Lama aku mencuba dan badanku sudah tidak berdaya malah dia sendiri tidak bercakap apa. Hanya memelukku erat tanpa cuba memujukku lagi.
Bila dia sedar tubuhku mula longlai dan tidak bereaksi lagi, pelukannya dilonggarkan dan tubuhku dipusing semula menghadap dirinya. Sekali lagi, tubuhku dipeluk erat dan aku tidak mampu menolaknya lagi.
Elok kepalaku menyandar di dada bidangnya, semerta kepalaku pusing dan mataku berpinar. Mungkin akibat menangis semalaman di dalam tab. Tangan kananku cuba untuk menolak badannya untuk memberi ruang kepada diriku sendiri. Namun, dia tetap dengan pelukannya. Nak bersuara tapi tak terkeluar pula. Bila aku terus menolak tubuhnya dan dia mula melonggarkan pelukannya, tubuhku sudah tidak tahan. Mata terpejam erat dan aku rasakan tubuhku sudah melayang.

*drop your comment below.

♥ Terima Kasih Sudi Baca Entry Adni ! Like Kalau Suka ♥

1 comment:

  1. Masih tertanya2 mcmn mereka tiba2 boleh nikah? Apa kes? Blur..

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen