Adni Faiqa adni faiqa world: CERPEN: UNTITLED
Assalamualaikum semua :) Terima Kasih sudi singgah blog Adni . Maaf kalau terlambat .

Friday, 19 May 2017

CERPEN: UNTITLED


“Deen, nanti jangan lupa book flight ticket Deen tau!”
Dari jauh suara kak Ana kedengaran dari mejaku. Alamak! Macam mana boleh lupa ni?
Dah alang-alang buka komputer ni, terus sajalah book flight ticket!
“Kak Ana, ikut tak?” Aku bertanya di meja Kak Ana.
Kak Ana sengih gigi. Kepala digeleng. “Sorry, kak Ana memang tak boleh ikut. Deen memang kena pergi Dubai sana seorang diri. Dah biasa, kan? Jumpa wakil syarikat sana untuk minta pendapat dan bincang hal-hal syarikat?”
Aku mengeluh panjang. “Bosan tau kak Ana kalau Deen pergi sana seorang diri. Tak ada teman. Tak apalah, jom Kak Ana lunch.”
“Yang lunch ni pun, kak Ana tak dapat teman.” Gelak kak Ana perlahan.
“Kak Ana, tak payah diet sangatlah!”
“Akak bukan dietlah, tapi ada kerja extra bos suruh buat. Dia siap belikan lunch untuk akak lagi ni hah.” Kak Ana angkat bungkusan  plastik.
Nak tak nak memang aku kena lunch seorang dirilah ni! “Tak apalah kalau gitu, Deen turun dulu kak.”
Aku turun ke kereta untuk ke restoran terdekat memandangkan kafe syarikat sudah dipenuhi dengan para pekerja. Keluar saja kereta, aku mendapat panggilan dari ibu.
“Ya, bu. Waalaikumussalam.”
“Deen tak pastilah, bu. Deen baru book flight ticket ke Dubai tadi. Ada urusan dekat sana. Maaf, bu.”
“Auchh….” Kepala aku pusing apabila tubuhku dilanggar dari belakang. Tak kuat. Tapi cukup untuk mengejutkan diriku yang mudah terkejut!
“Sorry, saya tak sengaja.” Ujar seorang wanita.
Aku senyum kecil dan menggeleng kepala. “It’s okay.”
“Sorry, bu. What was it?”
“Aahh… Deen try okay, bu. Okaylah, bu. Deen nak lunch. Bye, assalamualaikum.”
Pintu restoran aku tolak, belum sempat aku masuk tubuhku terlebih dahulu dirempuh oleh seorang lelaki. Hatiku sudah panas!
“Hello? Buta ke?” Aku mengawal nada suaraku agar tidak menarik perhatian pengunjung restoran.
“Abang Dai!”
Aku toleh ke arah suara yang bersuara. Wanita yang melanggarku tadi kini sudah berada di sebelahku.
“Mai. You are here. I thought you’re inside already!”
“Sorry.”
Aku menggeleng kepala. Dah kenapa aku dekat sini? Tidak mahu menjadi pelakon tambahan dalam drama dua manusia ini, pintu restoran aku tolak semula untuk meneruskan rancangan asalku datang ke sini.
“I’ll take this one and this one okay. Thank you.”
Pergi sahaja pelayan tadi, telefon kucapai. Emel dibuka dan dokumen yang perlu aku semak, dibuka. Kurang dari tiga puluh minit, makanan yang kupesan telah dihantar… tapi ini bukan makanan yang aku pesan!
“Excuse me!”
“Yes, miss.”
“This is not what I ordered.”
“Sorry, miss. You are… table eight. Am I right? New England Fish and Chips with Bubble Apple green. Is it, miss?”
“You are wrong! My table is nine. Table eight is there.” Jariku menunjuk meja yang bertanda lapan.
Belum sempat aku teruskan kata-kata, seorang pelayan dari meja lapan membawa pinggan pesanan aku yang sebetulnya!
“Miss, we are sorry. We’d exchanged your dish with the next table. So, this is your Grilled BBQ Turkey with Bubble Apple green.”
Oh… sama airnya. Mungkin itu penyebab mereka tersalah hantar. Tapi, masih! Seorang pelayan harus cekap.
“Yup, this my real dish. Not this, young man. By the way, thank you.”
“We are truly sorry miss.” Ujar pelayan yang melayani mejaku sambil kepalanya ditunduk. “Pardon me, miss. I have to give this dish to its real owner.” Tambahnya.
Aku hanya mengangguk. Kedua-dua pelayan tersebut kemudian berlalu meninggalkan aku untuk menjamu makanan yang aku pesan. Selesai sahaja makanan aku habis, pelayan yang menghidang mejaku datang dengan membawa sepinggan pencuci mulut. Mungkin sebagai tanda maaf pihak restoran terhadap kekeliruan yang berlaku sebentar tadi.
“As a sign of our apology to you, we have this Tin Roof Petite Treat for you miss. It’s a chocolate cookie crust that topped with sweet cream cheese filling, chocolate ganache and salted peanuts. On the top of it, we also have caramel sauce as a finisher. We hope you enjoy it and you’ll like it miss.”
Aku mengangguk saja. “Thank you.”
……………..
Masuk sahaja ke dalam pesawat, krew kabin terus membawa aku ke tempat dudukku. Segala keperluan dan barangku diurus dengan baik oleh krew wanita. Beg laptop yang sudah kupesan untuk digunakan, diserah semula oleh krew tersebut. Baru sahaja aku membuka laptopku, suara seorang wanita menyapa telingaku.
“This is your seat, sir. Anything you want me to help you?”
“No, I don’t have any much thing to do. Just give me my laptop bag. That’s all, thank you.”
“Yes, sure sir. Here you go. Enjoy your flight and don’t overdo your work, sir. Thank you and have a good time while in your flight.”
……….
*leave your comment down below if you want more*

♥ Terima Kasih Sudi Baca Entry Adni ! Like Kalau Suka ♥

5 comments:

  1. Cerpen bersiri ke...

    ReplyDelete
  2. Kalau bsiri jgn tahun depan baru sambung...tergantung mcm ada sesetgh karya tu..fed up

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen