Adni Faiqa adni faiqa world: CERPEN UNTITLED PART III
Assalamualaikum semua :) Terima Kasih sudi singgah blog Adni . Maaf kalau terlambat .

Friday, 2 June 2017

CERPEN UNTITLED PART III


“Deen, trust me. It’s not my fault. Saya takkan sanggup perangkap awak, Deen. Saya tak bodoh. Saya tak bodoh untuk dapatkan cinta perempuan dengan cara yang hina.”
Suara yang satu itu membuatkan mataku terkelip lemah. Perlahan-lahan aku cuba untuk membuka kedua mataku.
“Deen, you’re awake. Sayang dah sedar.”
Suara Daiyan membuatkan aku berkalih pandang kepadanya. Masih di bilik. Di kondominium milik Daiyan.
Tubuh cuba kududukkan tapi cepat sahaja Daiyan membantuku. “Tolong lepaskan saya.” Aku tahu Daiyan terkejut dengan bicaraku kerana aku sendiri terkejut dengan kata-kataku.
“Kita baru berkahwin, Adeena. Please, bear in your mind yang sebuah perkahwinann bukan tempat permainan. This is not a game.”
“Siapa yang jadikan perkahwinan ni satu permainan? Saya atau awak, Dai? Awak ingat saya suka dengan perkahwinan ni?”
“Deen, please.”
“Siapa yang wujudkan perkahwinan ni kalau bukan keluarga awak dan awak sendiri?! Siapa yang buat saya masuk sekali dalam permainan keluarga awak?!” Genggamannya di tanganku sudah lama aku tolak.
“Adeena, stop it okay! Jangan libatkan keluarga saya dalam hal ni.” Daiyan mula bersuara keras.
“Jangan libatkan kelurga awak, Dai? Awak dah lupa ke siapa yang merayu-rayu dengan saya untuk berkahwin dengan awak?”
“Adeena!”
Jujur aku terkejut dengan suara lantang Daiyan sekarang. Kepala aku paling ke kanan. “Perkahwinan ni cuma untuk selamatkan maruah keluarga awak Dai. Saya tak ada makna pun dalam perkahwinan ni. The worst, keluarga saya sendiri tak boleh terima saya berkahwin dengan cara yang paling hina!”
Kedua bahuku dicengkam kuat oleh Daiyan. “Look, kita baru berkahwin. Baru dua hari Deen. You can’t say that you mean nothing. Trust me, Deen. Kita boleh bahagia. Kita berkahwin secara sah. Depan tok kadi, ayah awak jadi wali awak, Deen. Mereka perlukan masa untuk terima semua. Kita semua perlukan masa untuk digest apa yang berlaku.”
“We don’t love each other, Dai. Your mom forces us into this marriage.” Aku memandangnya sayu.
Keluhan berat dilepaskan oleh Daiyan. Cengkamannya di bahuku juga sudah dilepaskan. “Awak yakin awak tak cintakan saya, Deen? Awak yakin saya tak cintakan awak, Deen?”
Sejujurnya aku terkedu dengan bicara Daiyan.
“Three months, we met back and forth. Sedikit pun rasa kasih tu tak wujud dalam hati awak untuk saya, Deen?”
Aku menelan liur dan rasanya sangat perit. Mahu lari dari soalannya, aku kalihkan wajahku.
“Beri saya ruang untuk berfikir. I’m begging you. Bukan setakat keluarga saya perlukan ruang dan masa, saya sendiri perlukan dua perkara tu. Saya rasa, awak pun perlukan ruang dan masa untuk berfikir mengenai hubungan kita, Dai.”
Aku cuba untuk memandangnya dan aku lihat dia melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Tubuhnya dipusing menghadap pintu balkoni di bilik. Tangan kanannya naik melurut rambut dengan kasar.
“I let you go, for few days okay. Please, do come back.”
Terus dia keluar dari balik tanpa memandang aku semula.
Keluhan kecil terbit dari bibirku.  Aku baringkan semula badanku memandangkan kepalaku masih berdenyut. Petang sikit, aku akan keluar dari sini. Ke mana, aku tak tahu lagi. Seperti tayangan sebuah filem, apa yang telah terjadi kepadaku bermain di minda.
………..
“Kak Ana, saya nak naik biliklah. Sakit kepala.”
“Eh, Deen. Ni wedding sepupu Deen tau. Deen sepatutnya ada dekat sini. Lagipun, bahayalah Deen seorang diri dekat bilik tu.”
“Ya Allah, kak. Family saya tahu saya punya bilik. Nanti, kalau mereka cari kak Ana tolong cakap pada mereka, ya.”
“Deen, seriously. Listen to my words. Kak Ana tak sedap hati nak biarkan Deen seorang diri. Lagipun, majlis baru nak mula ni. You stay here for few more minutes okay, Deen.”
Aku memicit kepala. Kenapa pula kepala aku berdenyut-denyut ni?
“Tak tahulah, kak Ana. Sakit sangat kepala ni.”
“Itulah, kak Ana dah cakap tidur awal. Ikut sangat cakap sepupu Deen, nak juga join malam berinai.”
“Sekali sekala kak Ana.”
“Ni sakit lagi ke kepala tu? Pengantin pun tak sampai lagi dekat pelamin ni, Deen.”
Tergelak kecil aku dengan kata-kata kak Ana. Tak sabar nak tengok rupanya, kak Ana ni.
“Deen serius ni tau kak Ana. Deen nak naik bilik dulu.”
“Eh, eh. Tunggu Deen.”
Aku tengok kak Ana gelabah tengok kiri kanan.
“Akak teman Deen, lah.”
“Tak apalah, kak. Akak nak tengok pengantin, kan? Kejap je ni saya naik atas, nanti kalau kepala saya dah okay, saya turunlah semula. Kak Ana jangan risau.”
Kak Ana nampak ragu-ragu tapi dia tetap mengangguk. Aku terus melangkah meninggalkan majlis resepsi sepupuku dan bergerak untuk naik ke bilik yang sudah disediakan oleh keluarga pengantin untuk ahli keluarga yang di hotel mewah ini.
Sepanjang perjalanan, kepalaku semakin berdenyut. Entah apa sebabnya. Selama ini bukan aku tidak biasa tidur lewat atau kurang tidur sekali pun. Sampai di depan bilik, aku terus keluarkan kad untuk masuk. Sampai bilik memang aku tuju bilik aku untuk baring. Memang tak sampai lima minit, aku rasakan mataku sudah terkatup rapat.
Mataku terkelip-kelip apabila bunyi bising-bising di luar menganggu halwa telingaku. Kepalaku sudah semakin ringan berbanding sebelum aku melelapkan mata. Teringatkan hak aku tidur di dalam bilik sementara majlis resepsi sepupuku sedang berlangsung di bawah, cepat-cepat aku gagahkan tubuh untuk bangkit.
Selendang yang sudah longgar di kepala aku tarik sebelum….
“Tuan….”

…………
* don't forget to drop your comment down below <3 

♥ Terima Kasih Sudi Baca Entry Adni ! Like Kalau Suka ♥

1 comment:

  1. Diorang kahwin sbb kena tangkap basah ke.. -eil-

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen