“Deen, nanti jangan lupa
book flight ticket Deen tau!”
Dari jauh suara kak Ana
kedengaran dari mejaku. Alamak! Macam mana boleh lupa ni?
Dah alang-alang buka
komputer ni, terus sajalah book flight ticket!
“Kak Ana, ikut tak?” Aku
bertanya di meja Kak Ana.
Kak Ana sengih gigi.
Kepala digeleng. “Sorry, kak Ana memang tak boleh ikut. Deen memang kena pergi
Dubai sana seorang diri. Dah biasa, kan? Jumpa wakil syarikat sana untuk minta
pendapat dan bincang hal-hal syarikat?”
Aku mengeluh panjang.
“Bosan tau kak Ana kalau Deen pergi sana seorang diri. Tak ada teman. Tak
apalah, jom Kak Ana lunch.”
“Yang lunch ni pun, kak
Ana tak dapat teman.” Gelak kak Ana perlahan.
“Kak Ana, tak payah diet
sangatlah!”
“Akak bukan dietlah, tapi
ada kerja extra bos suruh buat. Dia siap belikan lunch untuk akak lagi ni hah.”
Kak Ana angkat bungkusan plastik.
Nak tak nak memang aku
kena lunch seorang dirilah ni! “Tak apalah kalau gitu, Deen turun dulu kak.”
Aku turun ke kereta untuk
ke restoran terdekat memandangkan kafe syarikat sudah dipenuhi dengan para
pekerja. Keluar saja kereta, aku mendapat panggilan dari ibu.
“Ya, bu.
Waalaikumussalam.”
“Deen tak pastilah, bu.
Deen baru book flight ticket ke Dubai tadi. Ada urusan dekat sana. Maaf, bu.”
“Auchh….” Kepala aku
pusing apabila tubuhku dilanggar dari belakang. Tak kuat. Tapi cukup untuk
mengejutkan diriku yang mudah terkejut!
“Sorry, saya tak
sengaja.” Ujar seorang wanita.
Aku senyum kecil dan
menggeleng kepala. “It’s okay.”
“Sorry, bu. What was it?”
“Aahh… Deen try okay, bu.
Okaylah, bu. Deen nak lunch. Bye, assalamualaikum.”
Pintu restoran aku tolak,
belum sempat aku masuk tubuhku terlebih dahulu dirempuh oleh seorang lelaki.
Hatiku sudah panas!
“Hello? Buta ke?” Aku
mengawal nada suaraku agar tidak menarik perhatian pengunjung restoran.
“Abang Dai!”
Aku toleh ke arah suara
yang bersuara. Wanita yang melanggarku tadi kini sudah berada di sebelahku.
“Mai. You are here. I
thought you’re inside already!”
“Sorry.”
Aku menggeleng kepala.
Dah kenapa aku dekat sini? Tidak mahu menjadi pelakon tambahan dalam drama dua
manusia ini, pintu restoran aku tolak semula untuk meneruskan rancangan asalku
datang ke sini.
“I’ll take this one and
this one okay. Thank you.”
Pergi sahaja pelayan
tadi, telefon kucapai. Emel dibuka dan dokumen yang perlu aku semak, dibuka.
Kurang dari dua puluh minit, makanan yang kupesan telah dihantar… tapi ini
bukan makanan yang aku pesan!
“Excuse me!”
“Yes, miss.”
“This is not what I
ordered.”
“Sorry, miss. You are…
table eight. Am I right? New England Fish and Chips with Bubble Apple green. Is
it, miss?”
“You are wrong! My table
is nine. Table eight is there.” Jariku menunjuk meja yang bertanda lapan.
Belum sempat aku teruskan
kata-kata, seorang pelayan dari meja lapan membawa pinggan pesanan aku yang
sebetulnya!
“Miss, we are sorry. We’d
exchanged your dish with the next table. So, this is your Grilled BBQ Turkey
with Bubble Apple green.”
Oh… sama airnya. Mungkin
itu penyebab mereka tersalah hantar. Tapi, masih! Seorang pelayan harus cekap.
“Yup, this is my real
dish. Not this, young man. By the way, thank you.”
“We are truly sorry
miss.” Ujar pelayan yang melayani mejaku sambil kepalanya ditunduk. “Pardon me,
miss. I have to give this dish to its real owner.” Tambahnya.
Aku hanya mengangguk.
Kedua-dua pelayan tersebut kemudian berlalu meninggalkan aku untuk menjamu
makanan yang aku pesan. Selesai sahaja makanan aku habis, pelayan yang
menghidang mejaku datang dengan membawa sepinggan pencuci mulut. Mungkin
sebagai tanda maaf pihak restoran terhadap kekeliruan yang berlaku sebentar
tadi.
“As a sign of our apology
to you, we have this Tin Roof Petite Treat for you miss. It’s a chocolate
cookie crust that topped with sweet cream cheese filling, chocolate ganache and
salted peanuts. On the top of it, we also have caramel sauce as a finisher. We
hope you enjoy it and you’ll like it miss.”
Aku mengangguk saja.
“Thank you.”
……………..
Masuk sahaja ke dalam
pesawat, krew kabin terus membawa aku ke tempat dudukku. Segala keperluan dan
barangku diurus dengan baik oleh krew wanita. Beg laptop yang sudah kupesan
untuk digunakan, diserah semula oleh krew tersebut. Baru sahaja aku membuka
laptopku, suara seorang wanita menyapa telingaku.
“This is your seat, sir.
Anything you want me to help you?”
“No, I don’t have any much
thing to do. Just give me my laptop bag. That’s all, thank you.”
“Yes, sure sir. Here you
go. Enjoy your flight and don’t overdo your work, sir. Thank you and have a
good time while in your flight.”
……….
Sedar dari tidur, mataku
terkelip lama. Sampai sahaja di Dubai, memang terus ke hotel, masuk hotel dan
tidur. Berehat sebabnya malam ini ada majlis. Sebab itulah aku memilih terus
Armani Hotel di Burj Khalifa memandangkan majlis malam ini memang diadakan di
ballroom Armani Hotel.
Baru saja kaki menapak di
lantai, bilikku didatangi orang. Buka pintu, orang butik hantar persalinanku
untuk dipakai malam ini. Aku hanya mengucap terima kasih tanpa menerima
pelawaannya untuk memeriksa pakaianku terlebih dahulu.
Menapak masuk ke dalam
ballroom Armani Hotel, memang buat aku terpaku.
Who doesn’t know Dubai
World? Big company, big name! Everything about them is fantastic.
Aku dibawa ke meja yang
sudah ditetapkan untuk syarikat aku. Tiga per empat manusia di meja itu adalah
lelaki. Perempuannya hanya aku dan seorang wanita yang tidak aku kenal siapa.
Cantik, manis dengan tudung di kepalanya.
Bila kerusi ditarik untuk
aku duduk, mataku tertancap dengan satu wajah yang asing bagiku tapi tidak
untuk seminggu yang lepas.
“Kita ni memang berjodoh,
kan?”
“Sorry?” Terkejut aku
apabila dia menegurku sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di kerusi.
Dia tersenyum kecil.
Tubuhnya dipusing untuk menghadapku. “Don’t pretend that you already forget me.
I’m sure you’re not.”
Aku tahan senyum. “This
is only the third time we’ve met. Belum tentu jodoh lagi.”
“Maybe yes and maybe no.
Saya boleh jadikan awak jodoh saya dengan mengikat awak, cik adik manis.”
Katanya sebelum mengenyit matanya kepadaku.
Awkward!
Macam manalah boleh jumpa mamat yang melanggar
aku di depan restoran tempoh hari dan boleh pula dia juga mamat yang duduk di
sebelahku di dalam penerbangan semalam.
“Mai… what is it? Jadi ke
tak datang sini?” Tiba-tiba suaranya kedengaran.
Majlis belum mula, jadi
kebanyakan tetamu semua bersembang dan berkenalan sesama sendiri dahulu jadi,
dewan agak bingit bagiku. Bila dengar dia menyebut nama Mai, otakku secara
automatik terbayang wajah perempuan yang terlanggar bahuku tempoh hari.
Siapa Mai ni agaknya?
Tertanya sangat. Isteri
ke, tunang ke, kekasih hati ke, atau mungkin untuk bersangka baik adik atau
kakak?
Aku tersenyum kecil.
Kenapalah kau sibuk
sangat nak tahu, Deen?
Mestilah nak tahu. Lebih
baik tahu sebelum hati ni dibawa lebih jauh.
Dibawa ke mana pula?
Jangan cakap kau dah jatuh suka dengan mamat tu!
Kenapa tak? Pertama kali
hati ni terasa berdenyut semula setelah lama berhenti bila melibatkan lelaki
tau!
Kau tak ingat ke Deen apa
yang berlaku 5 tahun lepas? Semuanya sebab lelaki tau!
Keluhan berat aku
lepaskan. Tak pasal-pasal kisah lama diungkit bila suara dalaman aku berlawan!
Betul ke aku dah jatuh
suka dengan mamat sebelah aku ni? Nama dia pun aku tak tahu apa. Lagipun, entah
dah berpunya atau belum.
Baru aku hendak mencapai
telefon bimbit dari dalam clutch, tiba-tiba ada yang bersuara.
“There you are. The heirs
of Zi’s Group.”
“Sorry?” Aku berpaling
memandangnya.
“Itu, waris syarikat Zi’s
Group. Zarin Sakina dan Zarif Danial.”
Tunjuknya kepada pasangan
lelaki dan wanita yang dibawa masuk ke dalam dewan. Mereka dibawa ke meja
mereka iaitu di sebelah meja kami, meja 21.
Mengenai Zi’s Group ni,
pernah juga dengar. Tapi, aku rasa syarikat tidak memberi perhatian kepada
mereka.
Aku cuma mengangguk. Tak
kenal jadi tiada minat untuk tahu.
“Well, I know their names,
but I don’t know your name. By the way my name is Daiyan. Syed Daiyan. Your
name is….”
Oh… Daiyan. Dai….
“Adeena. Adeena Ismail.
You can call me Deen.”
“Wow, interesting. What a
really good name!” Komennya dalam nada yang sangat teruja.
Aku kembali mencapai
telefon bimbitku dan membuka aplikasi WhatsApp. Membaca mesej-mesej yang
ditinggalkan kepada aku.
“Dah berpunya?”
Soalan yang langsung
tidak kuduga.
Aku kalih pandang
kepadanya. “Sorry?”
“Do you remember, Mai?
The girl yang dengan I dekat restoran tempoh hari?”
“Yes….” Aku mengangguk
sekali.
“She’s my sister. Do you
know that she likes you? She said on the other day at the restaurant that you
should be her SIL.”
Terbatuk aku mendengar
kata-katanya.
“She’s coming here
tonight. She’s excited to know you better.”
“She wants to know me
better?”
“Yeah, she knew you’re
here. I’d give her your picture.” Ujarnya sambil menunjukkan skrin telefonnya.
Weh! Dia ambil gambar aku
masa aku tengah main phone!
“You took my picture
without my permission.”
“Sorry, I’ll delete it
now. After this, kita ambil gambar official, okay?”
Aku terkedu dengar bicara
dia. Mamat ni sungguh, ke?
“You dari syarikat apa?”
“I work for IEM Group.”
“Wow, big company.”
Aku mengangguk dengan
katanya. “You work, or you own a company?”
“Wow… owning a company?”
Soalnya kembali kepadaku.
“Maybe, who knows?”
“No, I’m just a worker.”
Aku mengangguk. Aku tak
percaya, sebabnya first impression! He is something.
“Or else, if you want to
know me better, come and join us in Armani Oasi right after the event in this
ballroom.”
“Ahh… the one that very
confidential meeting between the shareholders and businessmen?”
“How did you know?”
“I got an invitation.”
“So, you’re something.”
“So, you do.”
……………….
“Aku terima nikahnya
Adeena binti Ismail dengan mas kahwinnya sebanyak seratus ringgit tunai.”
…………..
“Deen, where are you
going?”
Tanganku tidak berhenti
malah makin laju mengemas pakaian ke dalam luggage yang aku bawa.
“Deen, please. Stop,
okay!”
Merayulah selama mana
pun, aku takkan berhenti. Keputusan yang aku buat adalah muktamad.
“Deen stop it, okay! You
know it wasn’t my fault. Bukan salah I, Deen. Please, stop!”
Tangannya memegang kedua
tanganku.
“Let me go!” Aku melawan
genggamannya. “Lepaskan saya, Dai.”
“You are my wife! You
can’t leave me! Stop it, Deen.”
Pergelutan antara aku dan
dia terhenti gara-gara tindakan drastiknya yang memusing tubuhku dan dipeluknya
aku dari belakang.
“Stop it, Deen. Please.
We can solve this matter slowly, okay. Tak perlu nak lari-lari macam ni. Let me
settle this matter first and with that way, I can prove to you that this isn’t
my fault.”
Aku menahan gelodak rasa
amarah dan benci. Genggaman dan pelukannya terlampau kuat dan aku tidak mampu
untuk menolaknya. Lama aku mencuba dan badanku sudah tidak berdaya malah dia
sendiri tidak bercakap apa. Hanya memelukku erat tanpa cuba memujukku lagi.
Bila dia sedar tubuhku
mula longlai dan tidak bereaksi lagi, pelukannya dilonggarkan dan tubuhku
dipusing semula menghadap dirinya. Sekali lagi, tubuhku dipeluk erat dan aku
tidak mampu menolaknya lagi.
Elok kepalaku menyandar
di dada bidangnya, semerta kepalaku pusing dan mataku berpinar. Mungkin akibat
menangis semalaman di dalam tab. Tangan kananku cuba untuk menolak badannya
untuk memberi ruang kepada diriku sendiri. Namun, dia tetap dengan pelukannya.
Nak bersuara tapi tak terkeluar pula. Bila aku terus menolak tubuhnya dan dia
mula melonggarkan pelukannya, tubuhku sudah tidak tahan. Mata terpejam erat dan
aku rasakan tubuhku sudah melayang.
……….
“Deen, trust me. It’s not
my fault. Saya takkan sanggup perangkap awak, Deen. Saya tak bodoh. Saya tak
bodoh untuk dapatkan cinta perempuan dengan cara yang hina.”
Suara yang satu itu
membuatkan mataku terkelip lemah. Perlahan-lahan aku cuba untuk membuka kedua
mataku.
“Deen, you’re awake.
Sayang dah sedar.”
Suara Daiyan membuatkan
aku berkalih pandang kepadanya. Masih di bilik. Di dalam kondominium milik
Daiyan.
Tubuh cuba kududukkan
tapi cepat sahaja Daiyan membantuku. “Tolong lepaskan saya.” Aku tahu Daiyan
terkejut dengan bicaraku kerana aku sendiri terkejut dengan kata-kataku.
“Kita baru berkahwin,
Adeena. Please, bear in your mind yang sebuah perkahwinann bukan tempat
permainan. This is not a game.”
“Siapa yang jadikan
perkahwinan ni satu permainan? Saya atau awak, Dai? Awak ingat saya suka dengan
perkahwinan ni?”
“Deen, please.”
“Siapa yang wujudkan
perkahwinan ni kalau bukan keluarga awak dan awak sendiri?! Siapa yang buat
saya masuk sekali dalam permainan keluarga awak?!” Genggamannya di tanganku
sudah lama aku tolak.
“Adeena, stop it okay!
Jangan libatkan keluarga saya dalam hal ni.” Daiyan mula bersuara keras.
“Jangan libatkan kelurga
awak, Dai? Awak dah lupa ke siapa yang merayu-rayu dengan saya untuk berkahwin
dengan awak?”
“Adeena!”
Jujur aku terkejut dengan
suara lantang Daiyan sekarang. Kepala aku paling ke kanan. “Perkahwinan ni cuma
untuk selamatkan maruah keluarga awak Dai. Saya tak ada makna pun dalam
perkahwinan ni. The worst, keluarga saya sendiri tak boleh terima saya
berkahwin dengan cara yang paling hina!”
Kedua bahuku dicengkam
kuat oleh Daiyan. “Look, kita baru berkahwin. Baru dua hari Deen. You can’t say
that you mean nothing. Trust me, Deen. Kita boleh bahagia. Kita berkahwin
secara sah. Depan tok kadi, ayah awak jadi wali awak, Deen. Mereka perlukan
masa untuk terima semua. Kita semua perlukan masa untuk digest apa yang berlaku.”
“We don’t love each
other, Dai. Your mom forces us into this marriage.” Aku memandangnya sayu.
Keluhan berat dilepaskan
oleh Daiyan. Cengkamannya di bahuku juga sudah dilepaskan. “Awak yakin awak tak
cintakan saya, Deen? Awak yakin saya tak cintakan awak, Deen?”
Sejujurnya aku terkedu
dengan bicara Daiyan.
“Three months, we met
back and forth. Sedikit pun rasa kasih tu tak wujud dalam hati awak untuk saya,
Deen?”
Aku menelan liur dan
rasanya sangat perit. Mahu lari dari soalannya, aku kalihkan wajahku.
“Beri saya ruang untuk
berfikir. I’m begging you. Bukan setakat keluarga saya perlukan ruang dan masa,
saya sendiri perlukan dua perkara tu. Saya rasa, awak pun perlukan ruang dan
masa untuk berfikir mengenai hubungan kita, Dai.”
Aku cuba untuk memandangnya
dan aku lihat dia melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Tubuhnya dipusing
menghadap pintu balkoni di bilik. Tangan kanannya naik melurut rambut dengan
kasar.
“I let you go, for few
days okay. Please, do come back.”
Terus dia keluar dari
balik tanpa memandang aku semula.
Keluhan kecil terbit dari
bibirku. Aku baringkan semula badanku
memandangkan kepalaku masih berdenyut. Petang sikit, aku akan keluar dari sini.
Ke mana, aku tak tahu lagi. Seperti tayangan sebuah filem, apa yang telah
terjadi kepadaku bermain di minda.
………..
“Kak Ana, saya nak naik
biliklah. Sakit kepala.”
“Eh, Deen. Ni wedding
sepupu Deen tau. Deen sepatutnya ada dekat sini. Lagipun, bahayalah Deen
seorang diri dekat bilik tu.”
“Ya Allah, kak. Family
saya tahu saya punya bilik. Nanti, kalau mereka cari kak Ana tolong cakap pada
mereka, ya.”
“Deen, seriously. Listen
to my words. Kak Ana tak sedap hati nak biarkan Deen seorang diri. Lagipun,
majlis baru nak mula ni. You stay here for few more minutes okay, Deen.”
Aku memicit kepala. Kenapa
pula kepala aku berdenyut-denyut ni?
“Tak tahulah, kak Ana.
Sakit sangat kepala ni.”
“Itulah, kak Ana dah
cakap tidur awal. Ikut sangat cakap sepupu Deen, nak juga join malam berinai.”
“Sekali sekala kak Ana.”
“Ni sakit lagi ke kepala
tu? Pengantin pun tak sampai lagi dekat pelamin ni, Deen.”
Tergelak kecil aku dengan
kata-kata kak Ana. Tak sabar nak tengok pengantin rupanya, kak Ana ni.
“Deen serius ni tau kak
Ana. Deen nak naik bilik dulu.”
“Eh, eh. Tunggu Deen.”
Aku tengok kak Ana
gelabah tengok kiri kanan.
“Akak teman Deen, lah.”
“Tak apalah, kak. Akak
nak tengok pengantin, kan? Kejap je ni saya naik atas, nanti kalau kepala saya
dah okay, saya turunlah semula. Kak Ana jangan risau.”
Kak Ana nampak ragu-ragu
tapi dia tetap mengangguk. Aku terus melangkah meninggalkan majlis resepsi
sepupuku dan bergerak untuk naik ke bilik yang sudah disediakan oleh keluarga
pengantin untuk ahli keluarga yang berada di hotel mewah ini.
Sepanjang perjalanan,
kepalaku semakin berdenyut. Entah apa sebabnya. Selama ini bukan aku tidak
biasa tidur lewat atau kurang tidur sekali pun. Sampai di depan bilik, aku
terus keluarkan kad untuk masuk. Sampai bilik memang aku tuju bilik aku untuk
baring. Memang tak sampai lima minit, aku rasakan mataku sudah terkatup rapat.
Mataku terkelip-kelip
apabila bunyi bising-bising di luar menganggu halwa telingaku. Kepalaku sudah
semakin ringan berbanding sebelum aku melelapkan mata. Teringatkan aku tidur di
dalam bilik sementara majlis resepsi sepupuku sedang berlangsung di bawah,
cepat-cepat aku gagahkan tubuh untuk bangkit.
Selendang yang sudah
longgar di kepala aku tarik sebelum….
“Tuan….”
…………
“Ibu tak sangka Deen
boleh buat ibu macam ni. Ayah dan ibu sangat-sangat kecewa dengan Deen.” Ibuku
meluah rasa terlebih dahulu.
“Bu, percayalah. Deen tak
tahu yang Daiyan ada dalam bilik tu. Lagipun, bukan salah Deen, ibu. Deen tak
salah masuk bilik. Daiyan pun tak salah masuk bilik. Keadaan dan silap orang
lain bu, yang buat kami macam ni. Tolonglah, bu. Yakinkan ayah untuk Deen.” Aku
menggenggam jemari mulus yang sudah berkedut itu.
Ibu hanya membuang
pandang. Di sudut paling hujung di dalam sebuah restoran, aku bertemu ibu
secara rahsia tanpa pengetahuan ayah.
“Kenapalah jadi begini,
Deen? Orang lain yang berkahwin, keluarga kita yang dapat nama.”
Aku menghembus nafas
lelah.
“Deen kena tangkap basah
masa majlis resepsi sepupu Deen sendiri, tahu!” Ibu mengungkit kisah.
“Ibu dan ayah nak letak
muka dekat mana Deen?” Ibu pandang tepat ke dalam anak mataku.
“Sekarang ni, Deen kena
terangkan pada ayah, ibu, abang dan kakak. Deen memang kenal dengan Daiyan ke?
Kenapa keluarga Daiyan bersungguh-sungguh nak Deen kahwin dengan Daiyan? Atas
alasan apa? Nak selamatkan maruah keluarga? Tak habis merayu pada Deen, mereka
merayu pada ayah dan ibu. Kenapa? Ibu tak faham, Deen?”
Aku tertunduk.
Bagaimana harus aku
beritahu ibu bahawa keluarga Daiyan mengambil kesempatan atas kejadian yang
berlaku kepadaku? Hanya kerana mereka ingin bermenantukan aku?
Aku mengeluh perlahan.
Sejak aku keluar dari kondominium Daiyan dan pulang ke apartmen milikku, aku
mula berfikir apa yang berlaku pada hari kejadian.
Memang salah aku kerana
tidak berkongsi khabar tentang Daiyan kepada ahli keluargaku sedangkan keluarga
Daiyan sudah diberitahu tentang aku. Salah aku juga, apabila ibu Daiyan merayu,
meminta aku untuk bernikah dengan Daiyan atas alasan menyelematkan maruah
keluarga mereka, aku lembut hati dengan bersetuju akan hal itu. Salah aku juga
mungkin. Kerana terlalu naif berfikiran bahawa perkahwinan itu akan
menyelamatkan maruah keluarga aku.
Entahlah.... Aku pun
tidak pasti bagaimana aku, seorang yang selalu berfikir dahulu sebelum
bertindak boleh membuat keputusan yang memakan diriku sendiri akhirnya?
Sudah masuk seminggu aku tinggalkan Daiyan,
tidak pernah lagi dia menghubungiku atau mencari aku. Dan selama itu juga, aku
selalu memikirkan kata-katanya.
“Awak yakin awak tak
cintakan saya, Deen? Awak yakin saya tak cintakan awak, Deen?”
Kata-kata kak Ana kembali
menerjah ke dalam fikiranku.
“Kak Ana rasa, hati Deen
dah terbuka semula untuk lelaki, kan? Untuk Daiyan? Kak Ana tak pernah lagi
tengok Deen layan seorang lelaki yang lebih daripada seorang bos, kawan, musuh.
Kak Ana nampak Deen dah boleh lupakan apa yang berlaku pada Deen sebelum ni,
kan?”
“Deen...”
Suara ibu memanggilku
menarik diriku kembali kea lam nyata.
“Ibu tanya ni, Deen
dengan Daiyan okay tak?”
Pertanyaan ibu buat aku
telan liurku dengan payah.
Perlahan, aku menggeleng.
“Maksud Deen, tak okay?
Deen bergaduh dengan Daiyan?”
Bukan setakat bergaduh,
dah keluar rumah dah pun, bu. Bisikku dalam hati.
“Deen tinggal di rumah
Daiyan, kan? Maksudnya, apartmen Deen kosong sekarang ni?”
Aku senyum pahit.
“Deen, Deen kena belajar
untuk ceritakan apa yang berlaku pada Deen. Deen tak boleh berdiam sahaja.
Abang ada, kakak ada. Ibu dan ayah pun ada untuk Deen.” Ibu mengelus pipiku
lembut.
Aku hanya mengangguk.
“Ibu tak marahkan, Deen.
Cuma ibu kecewa. Ibu dan ayah terpaksa lepaskan Deen dalam keadaan tergesa-gesa
dan secara tiba-tiba. Dalam keadaan yang tak terjangka, Deen. Kami semua masih
terkejut. Tapi, tak bermakna ibu dan ayah tak doakan kebahagian Deen dan
Daiyan.” Ibu memberi senyuman kepadaku.
“Deen balik, bincang
dengan Daiyan elok-elok. Dah dua minggu ni. Ajak Daiyan jumpa ayah dan ibu
baik-baik. Kalau nak, kita sekeluarga berjumpa dengan keluarga pihak belah
sana.”
Aku menelan liur. “Mahu
ke ayah jumpa Deen dan Daiyan, ibu?”
“Belum cuba, belum tahu,
Deen. Keluarga kita semua teruja ada ahli baru.” Ibu mencapai tangan kananku
lalu digenggamnya erat.
Aku hanya senyum kecil.
Entahlahh... aku seperti
hilang arah. Dalam keadaan sebegini, aku seperti tidak mampu dan tidak tahu
mahu membuat keputusan seperti apa. Bila ibu mengajak aku dan Daiyan untuk
bertemu ayah dan ahli keluargaku yang lain, baru aku teringat. Kalau Daiyan
tidak bertemu dengan ahli keluargaku, begitu juga aku. Aku belum pernah lagi
berdepan dengan keluarga Daiyan setelah kejadian itu.
“Tengoklah,
bu. Macam mana.” Aku membalas pendek.
Aku
dan ibu berpisah di restoran itu. Ibu mahu pulang terlebih dahulu kerana tidak
mahu ayah tahu. Di dalam pusat beli-belah itu, aku berjalan seorang diri. Tidak
tahu mahu berbuat apa jika aku pulang ke apartmen aku. Sedang aku berjalan,
pandanganku bagai ditarik untuk terus melihat apa yang aku nampak. Malah,
pandangan kami bertaut. Ya, aku bertemu Daiyan di sini setelah seminggu aku
tinggalkan dia.
Aku
seperti terpaku. Tidak tahu mahu ke mana arah kakiku mahu berjalan.
Apa
yang aku lihat sekarang ini seperti sesuatu yang aku tidak mampu untuk aku
cerna. Daiyan bersama seorang wanita. Bukan Mai.
Bila
tersedar akan hal itu, aku mula mengatur langkah mahu pergi dari situ. Bukan
urusan aku jadi tidak perlu aku ambil tahu.
Baru
berapa langkah, lengan kiriku ditarik dari belakang.
“It’s
not like what you think.” Laju dia berkata sebaik sahaja aku berpusing.
Otak
aku sangatlah lembap saat ini untuk memikirkan hal selain apa yang berlaku
kepada diriku dan Daiyan.
Aku
pejam mata dan menarik nafas panjang. “Look, Daiyan. It’s too messy right now.
I didn’t think anything... and I can’t think anything. It’s just that... I
don’t care?” Aku tarik lenganku. Segan di tengah orang ramai alu-lalang di
dalam pusat beli-belah ini.
“Look....”
Daiyan kulihat seperti mahu bercakap sesuatu tetapi seakan berat baginya.
“Can
we have a moment? To talk?”
“About
what? Us? Divorce?”
Daiyan
mengembus nafas kuat. “Even after a week, you still can’t let go the word of
divorce, isn’t it?”
Aku
pejam mata lama. “I don’t know, Dai. I don’t know. Like I said before, I can’t
think. Sekarang ni pun, saya tak ada nak assume hubungan awak dengan perempuan
dalam cafe tu. Because I can’t think. I can’t relate with anything right now.
I’m just... too lost. Okay?” Aku pandang tepat ke anak matanya. Seperti meminta
simpati. Walau dah seminggu berlalu, aku seperti masih belum tahu keputusan
seperi apa yang terbaik untuk aku.
Daiyan
terus meraih aku ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuhku sambil belakangku
diusap perlahan.
Dan,
anehnya... aku rasa selamat dan sangat selesa berada di dalam pelukannya.
“I’m
sorry. I’m so sorry. I should be next to you in this situation, but I failed. I
failed to stay next to you. I’m sorry. I’m really sorry. I’m so sorry, Deen.”
Ucapnya perlahan.
Mataku
terpejam saat dia menuturkan katanya. Wajah yang kupangku di bahu tegapnya tadi
terus aku sorrokkan ke dadanya. Kenapa hatiku terasa sedih dan sayu?
“You’re
that lost, huh?” Usiknya bila aku berbuat begitu.
Bila
mendengar katanya, laju saja kakiku mahu membuka langkah ke belakang. Namun,
belum sempat aku berbuat begitu, Daiyan terlebih dahulu menahan belakangku agar
aku kekal dalam keadaan begitu.
“I
love when you hug me voluntarily. Do hug me more often after this, okay?”
Pelukannya semakin erat ketat. Aku jadi sesak dan tidak selesa. Tidaklah
terlalu ramai manusia yang berjalan di sekitar kami berdua, tapi masih.
Perasaan segan itu tetap ada bila ada beberapa mata yang mula memandang rendah
kepada kami.
“Let
me go, people started to looking at us,” tuturku perlahan. Bila dia sudah
lepaskan aku, cepat-cepat aku berpaling darinya dan mengelap hujung mataku.
Terasa air mata membasahi hujung mataku.
“So,
can we have a moment?”
Aku
kembali menghadapnya. “Untuk?”
“I
wanna explain to you what happened to us on that day. I want you to know who is
the woman that I am meeting with now.”
Aku
kalih pandanganku kepada wanita yang Daiyan maksudkan. Belum sempat aku
membalas soalannya, jemari kananku ditaut dan digenggam erat oleh Daiyan.
...............
“Malam
ni Deen ikut Dai balik, ya?”
Aku
memandangnya kejap. “Tak mahu. Saya nak balik apartmen saya.”
“Awak
masih tak percayakan saya Deen?” soalnya kembali.
“This
is not the time that you ask for my trust, okay? This is the time where I need
to find the logical of the story. My family having a feast in Johor, and you
have business meeting also, in Johor and obviously you were staying at the same
hotel where my cousin’s reception was held... and eventually you got the same
room as mine! Mana logiknya, Dai? It was too simple and clean. Like it was
planned!” Aku masih tak boleh nak hadam dengan apa yang aku dengar daripada
mulut pembantu Daiyan.
“Deen,
awak kena ingat. Betul kita kena tangkap basah. Tapi, bukan salah saya... or
your fault. Dan, maybe. Salah pihak hotel. They gave me the wrong key and
checked me in in the wrong room. At the same time, awak sakit kepala. By the
time saya masuk bilik, ada orang nampak and right after that, awak pula masuk.
The same room where I was. Those people yang nampak takkan terlepas Deen
daripada rasa syak wasangka. That’s it. It was cleared up after that. Your
parents know it. Pihak hotel pun sama beri keterangan pada pihak jabatan agama.”
Kata-katanya
terhenti seketika.
“It
was just that... when my mom knows it. She forces you. She keeps pressure you
until you made decision to marry me. Dan, saya sedar awak buat keputusan dalam
keadaan yang memaksa awak. Your parents shocked on what happened, they ignored
your for a moment and with my mom’s insistence, I know you made decision as if you
had to do it like you have no one others besides you.”
Aku pejam dan muka
aku tutup dengan telapak tanganku. Apa yang Daiyan cakap sebentar tadi
betul-betul membawa aku kembali ke peristiwa lepas.
Tiada yang salah
dalam bicaranya.
Yang salahnya,
aku. Aku yang membuat keputusan terburu dan aku tidak nampak kebenaran yang
terang-terang sudah jelas lagi nyata apa yang berlaku. Salah aku yang berasakan
ini semua satu perangkap dan rancangan jahat orang luar terhadap aku dan
Daiyan. Aku seperti menafikan kenyataan dan fakta yang mungkin... kabur bagi
aku dan Daiyan. Salah aku juga kerana memperbesar perkara ini sehingga aku
mengambil keputusan untuk keluar dari kondominium Daiyan. Dan salah aku kerana
menyalahkan Daiyan atas apa yang ibunya lakukan kepada aku. Terlalu mengikut
perasaan.
Inilah akibatnya
jika mengambil keputusan dalam keadaan terburu-buru dan kabur tentang apa yang
berlaku. Keluargaku juga terkejut dengan kejadian sebegini yang pertama kali
berlaku dalam sejarah keluarga. Akibatnya, aku tidak dihiraukan dan dibiarkan
dalam membuat keputusan.
Berat keluhan yang
aku lepaskan.
“Bagi saya sedikit
masa lagi. Biar saya fikir masak-masak hubungan kita.” Aku pandang Daiyan
kejap.
Bibirnya hanya
mengukir senyum kecil. Kepala diangguk sekali. “Boleh, cuma jangan lama sangat.
Bila difikir semula, saya nak awak anggap ini semua takdir untuk kita, Deen. Tak
ada yang salah, tak ada yang betul. Ini jalan yang Allah dah tentukan untuk
kita berdua. Setiap manusia buat silap. Tak terkecuali mommy saya, Deen. Awak
tak ingat ke betapa sukanya dia bila dia jumpa awak untuk pertama kali sebelum
ni? Saya cuma tak nak awak terlalu fikir yang berat-berat hal ni, Deen. Hidup
kita tak panjang untuk berterusan macam ni. Bila-bila masa nyawa kita boleh
dicabut. Jangan sampai ada rasa sesalan dalam hati kita saat tersedar takdir
apa yang Allah dah tentukan untuk kita.”
Lebar bicaranya
buatku terfikir. “You’ve never show me that you love me. Or even a confession.”
Bibirnya
tersungging senyum senget. “Awak belum sah jadi milik saya, how can I dare to
confess or show to you of my love. Setakat push and pull tu bolelah saya buat.”
Ujarnya sambil tergelak.
Aku tersenyum
kecil. Aku akui dari awal aku kenal Daiyan memang tak pernah keluar kata-kata
cinta, sayang atau rindu. Yang ada hanya jodoh, jodoh dan jodoh. Ayat-ayat yang
selalu dia gunakan juga memang ayat kiasan saja.
Tanpa sedar, kedua
tanganku digenggamnya erat dan diusap lembut. Panahan matanya tepat menikam
anak mataku. “Saya sayang isteri saya, Adeena. Sayang sungguh-sungguh sampai
saya tak sanggup untuk kehilangan awak buat kali kedua. Jangan tingal saya lama-lama.
Saya sunyi, tak ada teman.” Kata akhirnya diikuti dengan senyuman lebar.
Aku tahan senyum.
Mata aku alih daripada pandangannya dan aku berpura seperti aku sedang
berfikir. “Another one week?”
“Too long.”
Balasnya laju sambil kepala menggeleng beberapa kali.
“Another five
days?”
Daiyan menggeleng
lagi.
“Three days?”
“Hmmm... 72 hours.
Too long.”
Aku tergelak
dengan jawapannya. “Dah tu, berapa lama awak benarkan saya pergi ni?”
Dia lepaskan satu
genggaman, dagunya digosok perlahan. “Three hours is enough, right?”
Aku agak terkejut
dengan jawapannya. “Enough fo what?” soalku sambil tertawa kecil.
“Enough for you to
go home, pack your things and coming back to our house. Long enough, isn’t it?”
Tergelak aku
dengan jawapan yang diberi oleh Daiyan. Dia ni... bergurau ke betul-betul?
“You said before
this boleh. And now only three hours for me to go back home?”
“I did say
‘boleh’, but I’ve never say for how long.”
Aku kecilkan
mataku. Dia ni....
Aku menggeleng.
“One day. One more day.”
“No in capital letters!”
“Dai....”
Terkeluar pula suara manja aku.
“Apa yang bestnya
rumah awak tu? Jom sini, bawa saya pergi sana sekarang juga.”
Aku tergelak kecil
dengan rajukannya.
Jemarinya aku
tarik laju apabila Daiyan sudah mula hendak bangun dari kerusi.
“Tak ada apalah.
Tak ada apa yang menarik pun dekat rumah saya tu. Cuma....”
Macam mana aku
hendak katakan padanya yang belum bersedia untuk pulang ke kondominiumnya?
“Cuma apa?”
soalnya laju.
Aku ketap bibir.
Aku cuba senyum kepadanya. “Tak ada apalah. Bagi saya sampai petang ni, okey?
Bagi saya kemas barang saya perlahan-lahan.” Itu saja alasan yang mampu aku
bagi. Walaupun aku ada rancangan lain, tapi tak apalah. Hal itu aku boleh
fikirkan kemudian.
Daiyan mengalah.
“Okeylah. Balik sebelum maghrib. Saya
nak berjemaah dengan sayang saya.” Ujarnya sambil mengelus perlahan pipi
kananku.
“In shaa Allah.”
“Sayang drive
sendiri atau nak saya ambil?”
Errr... janggalnya
dengar dia panggil aku sayang. Tapi... kedengaran manis di telinganku.
“Or maybe you can
fetch me up after maghrib and we can go out for dinner together?” Cadangku
spontan.
“Sounds great but
no! I want to solat Jemaah with you first then for dinner we can do it later.
Okay, sayang?”
Tergelak aku
dengan bicaranya.
“So, petang ni
saya ambil awak. No need for you to drive over my place. Okay?”
Aku hanya
mengangguk tanda setuju. Ikut sajalah cakapnya.
“I’ll fetch you up
around 5 o’clock?”
“Okay.” Jawabku
pendek.
....................
“Hello?”
“Hello?”
“Assalamualaikum
ustazah, saya ni, Adeena.”
“Waalaikumussalam
Adeena. Kenapa ni telefon saya? Janji kita lepas asar, kan?”
“Aah, tapi saya nak
minta maaf dengan ustazah terlebih dahulu. Saya telefon ni nak beritahu yang
saya tak dapat nak jumpa ustazah petang ni.”
“Oh, ya ke? Kenapa
pula tu? Adeena ada hal ke?”
“Aah, ustazah.
Sebenarnya, saya jumpa Daiyan tengah hari tadi.”
“Oh...
alhamdulillah. Jadi, macam mana? Dah jumpa jalan penyelesaian?”
Aku senyum nipis
mendengar pertanyaan ustazah. “Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, ustazah.
Daiyan ada pujuk dan terangkan apa yang berlaku pada kami.”
“Haaa... okeylah
tuu. Ada peningkatan dalam komunikasi antara Adeena dan Daiyan. Tak apa,
perlahan-lahan bina hubungan sebagai suami isteri. Oh, jadi petang ni Adeena
tak dapat jumpa saya sebab Daiyan, lah ni, ya?”
“Aah, ustazah.
Daiyan ajak balik rumah dia.”
“Oh...
alhamdulillah. Haa... kalua macam tu, tak apalah Adeena. Lain kali kita boleh
jumpa juga. Bawa Daiyan sekali, kenalkan pada ustaz dan ustazah.”
“InshaaAllah,
ustazah. Ada masa, saya telefon lagi ya ustazah. Assalamualaikum.”
“Haa, yalah,
waalaikumussalam.”
.................................
Selesai sahaja
membaca doa, Daiyan terus berpusing untuk menghadap aku. Dihulurnya tangan
kanan untuk aku bersalaman dengannya.
“The second time
you kiss my hand.” Ujarnya.
Aku hanya
tersenyum nipis. Daiyan tidak terus melepaskan genggamannya malah diusap lembut
tanganku lalu diciumnya lembut.
“Adeena Ismail,
isteri saya yang sah. Isteri yang saya cintai, kasihi, rindui setiap masa.
Takkan pernah terlintas niat di hati saya untuk menyakiti kekasih saya, Adeena.
Berkahwin atas alasan paksaan mommy saya bukan bermakna tiada kasih dan cinta
saya pada awak, Adeena....”
“Dai... enough
okay? I’d agree to come here with you tonight meaning that I’d already accept
it. Things happened, and I got confused but you pulled me in into your arms.
You embraced me, you didn’t leave me out.”
“Deen, listen to
me.”
“What?” Aku
perhatikan raut wajahnya serius, namun di hujung bibirnya tetap ada lekuk
senyuman.
Daiyan tidak terus membuka mulut malah dia berdiri dan berjalan ke
arah meja mekap. Dibuka laci meja itu lalu jemari kanannya mencapai sesuatu.
Kembalinya dia duduk di hadapanku dan menunjukkan apa yang dia ambil sebentar
tadi.
Tiffany
& Co.?
“I
love you, Adeena.” Ujar Daiyan sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman
lebar. Dibukanya kotak cincin itu dan cincin yang tersergam indah itu diambil lalu dia menyarungkan ke jari manisku. Muat dan sangat indah.
Aku
agak terkedu… dengan ucapannya dan apa yang baru sahaja dia lakukan.
Tanganku tidak dilepas dan mulutnya terus berbicara.
“I did fall in
love you… I am still falling in love with you… and I will always fall head over
heals with you, Adeena.”
“Dai….”
“What? I’m talking
the right thing.”
Aku menghelas
nafas perlahan. Makin kuat aku menggenggam tangannya. Tiada perkataan yang
mampu kuucapkan kerana aku masih belum terbiasa dengan senario kehidupan
sebagai seorang isteri.
“Sayang, muka awak
dah merah tau sekarang ni.”
Terkelu dengan
kata-kata Daiyan, terus aku menarik tanganku dan menekup kedua belah pipiku.
“Dai….”
“Gunakan nada
manja ni bila awak dengan saya sahaja, tahu? Sekarang ni awak hanya milik saya
seorang.” Daiyan bercakap sambil menarik kembali tanganku. Diusap perlahan lalu
dikucupnya lembut.
Setiap tingkahnya
aku perhatikan. Genggamannya aku kuatkan. “Tolong jaga saya, Dai. Tolong
bimbing saya, Dai. Betulkan setiap tingkah, kata-kata saya andai ada yang tidak
menyenangkan diri awak sebagai suami, Dai. Jangan tinggalkan saya di saat susah
ataupun senang. Tetaplah bersama saya tidak kira di mana, bila, dalam keadaan
apa sekali pun, Dai. Saya tak minta awak berjanji, hanya tunaikan sahaja
permintaan saya. Sebagaimana awak menjaga saya dengan baik sepertimana ibu bapa
saya menjaga saya, begitu jugalah saya akan menjaga, menghormati dan menyayangi
awak, Dai.” Ucapku perlahan dan tenang.
Daiyan yang hanya
menatap mataku sedari tadi mengangguk kepalanya lalu menarik kepala dan
dikucupnya lama.
“Inn shaa Allah,
Deen. Kita doa sama-sama agar rumah tangga kita sentiasa dilindungi dan
diberkati Allah, selamanya.”
Tubuhnya kudakap
perlahan dan kepalaku elok bersandar di dada bidangnya. Air mata yang jatuh
dari kedua mataku menandakan betapa berharapnya aku keberkatan dari tuhan
terhadap rumah tangga yang aku bina ini bersama Daiyan.
-----TAMAT------